Wednesday, March 5, 2014

My first entry as blogger. Cewah.....blogger konon. Dah lama berangan nak menulis or jadi writer tapi tak tahu nak tulis apa, tentang apa, pasal apa, berkenaan apa. Angan2 je la....so this time, I'm gonna make it happen. I'll try. Tak cuba tak tahu kan.

Plan awal I created this blog untuk cerita pasal my hobby. Favourite thing I love to do during my free time. Reading... I love to read. I am a BOOK WORM! 

Sejak kecil I memang dah suka membaca. Segala jenis buku, komik, majalah, suratkhabar semua I baca. Masa sekolah ada hari kita bole pinjam buku kat library kan, tu la hari yang I paling tunggu2. Excited sebab nak pinjam buku. Tak cukup dengan buku kat library sekolah, I siap tukar2 buku cerita dengan kawan2 dari sekolah lain. Pastu kat kampung masa tu ada jugak perpustakaan. Pun I pergi dan pinjam buku. Kat rumah arwah my father ada simpan satu almari besar penuh dengan buku. Habis semua buku2 dalam tu pun I punggah. Memang happy dapat baca buku. Mak I pulak ada satu almari simpan majalah2 perempuan (wanita, URTV, Jelita etc) pun I baca jugak he...he...

Bila masuk sekolah menengah dan universiti, I kurang skit membaca novel dan majalah sebab takde sangat masa terluang. Asyik baca buku pelajaran je. Dah kerja dan berkeluarga pun lagi takde masa nak membaca. Tapi I memang suka pergi bookstore. Happy dapat masuk dan browse through all the books in the bookstore. Kalau ada book sale sure I pergi. Angkut semua anak2 kecil. Tak peduli la orang ramai ke, panas ke, I sure tak miss. 

Now that I have lots of free time to kill, I have started collecting and reading again. Mostly novels and sometimes motivation/ selfhelp books. I get my books from the local bookstores and during sales. Beli banyak2 then simpan until I have the time to read. I suka tengok buku-buku tu tersusun atas meja menunggu intuk dibaca. Satu kepuasan. Cuma orang yang suka membaca sahaja yang faham rasanya.

ok enough for my first entry. Hope ada orang sudi baca blog I ni. Nanti I dah pandai skit ber blog, I akan upload gambar buku2 I dirumah ni ye. And I'll try to make my blog as attractive as possible.

Bye ......